Sabtu, November 07, 2015

Piramid makanan



Piramid Makanan








Horizontal Scroll: PERUNTUKAN DIET HARIAN YANG DISARANKAN (RDA)
Jadual yang menunjukkan tahap keperluan nutrien harian oleh individu yang sihat mengikut jantina, umur, ibu yang mengandung dan ibu yang menyusukan anak.
 

















 Jumlah Nilai Tenaga

Nutrien

Kuantiti
Tenaga Dihasilkan
Kilokalori (kkal)
Kilojoule (kJ)
Karbohidrat
1g
4
4 x 4.184 kJ = 17
Protein
1g
4
4 x 4.184 kJ = 17
Lemak
1g
9
9 x 4.184 kJ = 38




 
Diet  ialah pengambilan makanan oleh individu.  

 Diet seimbang ialah pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrien seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas dalam kuantiti yang diperlukan



Sabtu, Mac 30, 2013

Nasi Arnab


Bahan-bahan
1 ekor Arnab( boleh digantikan dgn ayam/daging/kambing)
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu teh rempah arab
1 sudu teh rempah kari daging
2 biji tomato (potong dadu)
1 batang lobak merah (kecil)
kulit kayu manis dan bunga lawang
sedikit butter/minyak sapi (ikut suka)dan minyak masak untuk menumis
garam
beras 1/2 - 1kg

Cara Memasak:
1- bersihkan arnab, potong besar-besar- perap dengan garam ,(serbuk halia jika suka)
2- masakkan nasi bersama-sama lobak merah yg telah disagat.Tambahkan sedikit garam. ketepikan.
3- tumiskan bawang, kulit kayu manis, bunga lawang,rempah hingga wangi kemudian masukkan tomato,
arnab dan sedikit air (jika suka masukkan susu cair), tutup. tambahkan garam secukup rasa biarkan hingga separuh masak.
4- Bila nasi hampir kering masukkan semua bahan (arnab yg separuh masak tadi)ke dalam periuk nasi,
tutup dan tunggu hingga nasi masak.
kredit resepi : Adilah
gambar-gambar drp pak cik google. 

Ahad, Ogos 05, 2012

Bebola Kek Coklat








Bahan-bahan :
150 gm kek coklat
50 gm jem raspberi
30 gm kismis/kacang (jika suka)
50 gm coklat jenis dark atau milk (jenis coklat yg diguna utk buat coklat. Rasa lebih sedap dr coklat masakan. Boleh beli di kedai yang jual bahan kek)
Coklat urai atau manik urai.
 Cara :
1. Hancurkan kek dengan tangan.
2. Cairkan coklat secara double boiler.
3. Masukkan jem, kismis dan coklat cair. Gaul rata hingga jadi doh.
4. Kepal dan bulat-bulatkan adunan dan golekkan di atas coklat urai.
 
sumber gambar